Wednesday, March 25, 2009

Mini Gathering BP 19 & 20 March 09

This entry is dedicated to Too Yong, due to his job scopes i had remove his email from the group. Thus we would not mess up his incoming mail and he has an option to catch up with us via this space.

Credit to Azmi for writing this!

Asalamualaikum wm.wbr.
Ok. I’m not good in essay writing. As a Pharmacist semua straight to the point.

18/3/09 - Rabu
---------------------
On the way back from hospital around 6.00 pm ms driving my wife called to inform me that her father had passed away. Arwah berumur 104 tahun. Sampai rmh packed everything shoot back to BP around 7.30 pm with my wife and my 2 kids.
19/3/09 - Khamis
------------------------
Di rumah mertua punya lah ramai manusia. Dah ler penat. So I decided utk balik melepak di Peserai. Granted permission from my wife terus tuju BP. Dlm keta kepala dok pening-pening ni I call Amin. Dia ada di Kluang. Dlm hati kata.. ni lah peluang nk jmp Amin.. So I propose my plan to Sakdi & Ainon. They all agreed. Mana tidaknya.. I yg drive. Bnyk songeh..tinggal !! Adioos. I bleh pegi sorang !! Tunggu depa di Caltex Tg. Labuh.

On da way to Kluang. Ainon call Azmah. Dia pun dlm perjalanan ke BP. Sajer dia nak cari pasal nak balik kampung. Bukan aku tak tau. Padahal dia ‘tak boleh tahan’ ble dengor we all nak reunion 2 hari nih. Apa lagi tak senang duduk lah si Azmah.. Muhaini pun sama. Tak tidor malam hari tu. Tapi ni semua Allah punya kuasa..

Minah 2 orang (Ainon & Saadiah) ni kena kelentong sebab diaorg tak sangka yg I akan stop dirumah Mohd Azahari Nong Chik di Pt. Kaspan, Sri Gading. Apa lagi terperanjat beruklah Ainon ngn Sakdi. Lps ni korang pegi sendiri kalu nak datang rumah Azahari. Aku tak kuasa nak ngantor…Ainon pun pekenakan Azahari. Dia call Azariah. 2 org tu sembang lah.. Azahari dgn slang Jawa plus Banjar dia. Tak tau lah samada Azi paham.

Sampai rumah Amin dlm kul 3.00 ptg. Lepak2 sembang dh 2 jam. Ajak Amin ke BP pasal Azmah yg suroh. Dia tu pantang lepa. Mcm org bujang si ‘President Of Many Wives’ ni..

How I met Lim Yong Hong aka Andy Lim ‘The Slow Motion’.. How Zul get in touched with Tuan Qari Abd. Rahman Bachok..


samb…
Kami ajak Amin depan isteri dia. So tak da masalah. Amin ikut sekali balik BP. I managed to call Lim tapi dia tak angkat. Got his number from my ex schoolmate from HSBP. Azmah dah janji dengan Midah, Azimah ngn Zaidah, ( Azimah ngn Zaidah bdk TIGS... Azimah, Ani Alang, Salim and me were `barrackian's’. a.k.a anak-anak Polis.. bunyi macam suku sakat Barrack Obama ).

Sampai BP Mall.. Azmah, Azimah dengan Midah dah tunggu kat The Chicken Rice Shop.. Pekena popia sepinggan tiga sembang sampai maghrib.. I terpaksa permisi dulu sebab nak balik ke rumah isteri untuk urusan tahlil. Tak tau lah mereka sembang sampai kul berapa..

Urusan tahlil selesai jam 9.15 malam I terus balik BP. Nak tido kampung tapi penuh. Alasan je nak balik BP. Buat muka seposen campur penat dengan sedih.. wife pun kasi balik BP.

Bila call puak-puak tu dah sembang kat Garden Hotel depan Odeon lama.. Azmah, Zaidah, Ainon, Midah, Amin dan Mek D(Saadiah) Midah kena balik awal. Anak dia ada yg masih menyusu...Then we all pindah ke BP Walk pekena sup lada hitam depan Pejabat Pos. Senang kata depan rumah Rohaya lama sebelah Rex. Sup kambing mmg kaw-kaw. Si Amin tukang perabis sup-sup tu sbb tali perut dia panjang. Yg mana tak abis dia kasi sapu, Tak baik membazir kata dia.. Malam tu we all plan nak terjah kedai Salim di Melaka..Kami juga bertemu dengan Lin budak TIGS skolah TIPS tapi kelas lain. Dia my neighbour masa di Kg Kenangan.

Selesai sembang dekat 1 lebih. Disebabkan tak mau ganggu my parents I check in di Hotel Carnival. Ajak Amin sekali...kesian ke dia. Tak kan nak biarkan dia tido masjid. Salah-salah hemat jin angkat dia letak kat atas loteng dpn speaker.. baru tau jadi tuli.... Macam biasa Amin tak tido. Heran bin ajaib. Tahan sungguh mata dia. Then around 5.00 am my eldest daughter rang me up. Dia dah sampai BP dr Tronoh. Bila I wake up Amin kat bilek air, mandi. Giler ke mamat tu. Mandi kul 5 !! Dia jawab tak boleh tido..

Pagi tu jam 8 I hantar my daughter balik kampung mama dia.. Then kul 10 I shoot back again to BP to pick Amin & Mek D di hotel. Call Lim dan dia menunggu kite di ofis dia di depan Balai Bomba Baru kat Pesta.. Azmah pick Ainon tapi sesat kat pesta..he..he.. mana tau ada balai bomba kat situ..Dulu hutan tebal tempat I dengan Amin tangkap ikan pelaga.

What a surprise to see Lim Yong Hong.. Dia dah success dlm bidang construction. Masa sekolah dulu dia lah lelaki yang terperangkap dalam badan perempuan. Paling slow bila berjalan..kalau lari.. lg lah slow. Tanya Amin..kalau tak caya.. Dia memang peramah. Azmah pun kasikan gambar kelas.. Punya lah terharu dia.. dia masih ingat sebahagian daripada kita.. Disebabkan kesibukan kami beransur meminta diri walaupun Yong Hong meminta kami tunggu sebentar..

Dari BP kami bertolak jam 12.15 tgh.. Azmah dengan anak dia kereta sendiri sebab dia kena balik kemas barang dan balik terus ke Shah Alam. Tepon Zul utk join sama. I kelentong dia I dtg dengan Amin..Bukan apa mau kasi surprise..Jalan santai jer sebab tunggu Azmah sampai nanti sama-sama. On da way Amin sesat.. dia yang drive. I tido keletihan. Amin kata biasa jalan Melaka.. Kami sampai di kedai Salim jam 2.30 ptg seiring dgn Zul.. Tak lama kemudian Salim pun sampai bersama dgn anak bongsu lelaki dia..

Tak sangka Salim punya anak dara yg cantik & lawa.Muka masing2 tenang macam mak dia.. I booking yg nombor 4 utk anak bujang I yang lepas SPM.. Isteri Salim nama Faridah I kenal masa dulu dia dtg KB tahun 1988. Masa tu anak dia kecik lg.. Anyway.. Salim & keluarga mmg best.. anak beranak peramah.. senyum aje macam bapak dia.. Cuma yang tak tahannya bila kami kena tazkirah dgn Salim. Buat pekak jer la..

Kalau bab makan memang kami semua rekemen Nasi Beriyani Salim MEMANG POWER !!. Azmah nk tapau seperiuk dgn gulai kambing skali tp Salim kata periuk tak jual. Ble tanya rahsia keenakan nasi beriyani dia.. katanya.. Bila kita minta Allah rasa sedap.. insyallah Allah akan bagi rasa sedap.. Betapa falsafahnya Salim..

Samb lg..



No comments:

Post a Comment