Semalam kami berempat, Aya, Adib, Peng Huat dan saya pergi ke Melaka utk menziarah kawan kita yg kehilangan isteri tercinta pada hari Ahad yg lepas. Oleh kerana beberapa sebab yg tidak dapat dielakkan kami tidak dapat hadir pada hari pengebumian.
Amin pun join kami di Melaka, kemudian Amin ikut kami balik ke KL.
Kami memulakan perjalanan lebih kurang 10 pagi dari rumah Aya terus menuju ke rumah Zul di Batu Berendam, Melaka. Bila kami sampai, Zul tiada dirumah kerana dia dan mak mertua serta mak su isterinya bersama anak2nya pergi ke kubur.
Kami disambut oleh adik ipar Zul, Ayie. Lebih kurang setengah jam kemudian Zul pun smpi. Sebelum tu kami sempat bersembang dgn anak bongsu Zul, Aiman yg berumur 9 tahun..sungguh comel sekali Aiman nie. Mengikut Aiman semasa ibunya meninggal dia berada di Shah Alam bersama neneknya (sebelah Isteri Zul).
Alhamdulilah..pada hari Ahad tu, Zul berada dirumah and spent the last moment with his wife, though dia tak menyangka isterinya akan meninggalkan dia dan anak2 buat selama2nya. Hari tu dia sempat memandikan dan menyampukan rambut isterinya, selepas siap mandi dan berdandan..Zul membawa isterinya keluar dari bilik dan duduk di luar sambil menikmati teh dan kuih muih.
Setelah merasa tidak selesa kerana telah masuk tghari, isterinya meminta dibawa masuk kebilik semula. Lalu Zul pun menurut kata isterinya, tetapi Zul terhidu spt isterinya sudah membuang air besar..bila ditanye, isterinya mengiyakan dan Zul sekali lagi membersihkan.
Semasa Zul keluar dan masuk semula kerana nak memakaikan baju isteri nya, Zul terkejut bila isteri nya sudah memejamkan mata dan tak menyahut bila dipanggil2.
Mendengar cerita Zul, kami merasa amat bangga dengan pengorbanan Zul selama lebih kurang setahun lebih menjaga isteri nya yg kurang upaya.
Apa saja kemahuan isterinya dituruti dengan penuh kasih sayang tanpa rungutan atau ungkitan. Dibulan puasa, isterinya teringin berbuka puasa di restoran padang di hadapan sogo, kl..Zul menunaikan hajat isterinya tu, walau pun berkerusi roda.
Isterinya meminta Zul menyanyikan lagu Rossa "Aku Bukan Utk Mu" sambil diiringi petikan gitar anak sulungnya semasa disatu majlis makan malam, ini pun Zul telah dapat tunaikan. Mengalir air mata isterinya bila melihat dan mendengar Zul menyanyikan lagu permintaannya.
Byk lah lagi permintaan isterinya yg Zul telah tunaikan..
Dan akhir sekali Zul dapat membersihkan isterinya sebelum dia pergi buat selama2nya..
Zul..seorg yg suami yg romatik, penyayang, penyabar, prihatin..dan layak menjadi suami mithali.
Nampak sedih jer Zul.. Amin sekali pandang mcm Herman Tino cuma tak ada kain pelekat ajer..
ReplyDelete